menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Global
Suhana Veru | 03-09-2026 03:00 PM


Seperti diketahui umum  transmisi manual tidak lagi popular seperti dahulu, namun sesetengah pengeluar kenderaan berusaha untuk mengekalkan tombol gear 'old-school' ini kekal wujud sekurang-kurangnya untuk sedikit masa lagi, lapor motor1.com

Honda merupakan salah satu daripada beberapa pengeluar yang masih menawarkan transmisi manual di Amerika Syarikat  namun pihak pengurusan tinggi Honda sendiri mengakui bahawa kotak gear tersebut semakin sukar untuk dijustifikasikan.

Bercakap kepada The Drive di perlumbaan IndyCar Freedom 250 di Washington, DC, Naib Presiden Jualan Auto Honda Amerika, Lance Woelfer, bercakap secara terbuka mengenai kemerosotan transmisi manual. Woelfer berkata:

'Bahagian pasaran yang masih teruja dengan manual kini semakin kecil dan mengecil, dan secara jujurnya ia berkemungkinan akan terus menyusut," ujarnya.

Namun, ada berita baik. Walaupun Woelfer mengakui permintaan untuk manual tidak seperti dahulu, beliau menyatakan bahawa Honda akan terus membina gear manual (stick shift) untuk kereta berprestasi tinggi (enthusiast cars) seperti Honda Civic Si, Civic Type R, dan Acura Integra Type S.


Jangan harap untuk melihat lebih banyak pilihan manual di luar model-model tersebut.

Komitmen Manual Honda Kini Mulai Diuji Walaupun Honda bertegas bahawa model seperti Si dan Type R akan mengekalkan transmisi manual mereka untuk masa hadapan, syarikat itu baru-baru ini menghentikan seketika pengeluaran Civic Si generasi keenam semasa. Syarikat itu memberitahu Motor1 bahawa "versi serba baharu" akan diperkenalkan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Kereta prestasi aras permulaan (entry-level) ini merupakan cara termurah untuk memiliki gear manual dalam barisan model Honda, dengan harga permulaan AS$32,690 bagi tahun model 2026, termasuk caj penghantaran $1,195.

Kini, jika anda mahukan gear manual dalam barisan Honda, anda perlu beralih kepada Civic Type R, yang bermula pada harga AS47,395 berserta caj penghantaran.

Di pihak Acura pula, penamatan sementara Civic Si bermakna Integra juga akan kehilangan pilihan manual pada model A-Spec, yang bermula pada harga $40,495 bagi tahun model 2026. Pembeli perlu beralih kepada model Type S yang berharga AS$55,195 sekiranya mahukan Acura manual menjelang tahun 2027.

Buat masa ini, transmisi manual belum lagi pupus di Honda. Namun, ia mungkin lebih sukar untuk ditemui pada masa akan datang.

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
80 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
145 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
181 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
229 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
248 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
279 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
288 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
1023 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRN9729
SELANGOR
BST4769
JOHOR
JD6672J
PULAU PINANG
PSF3524
PERAK
APL2781
PAHANG
CFH6377
KEDAH
KGH8953
NEGERI SEMBILAN
NEL7082
KOTA KINABALU
SJT9165
KUCHING
QAB5223P
Last Updated 05-09-2026 (SATURDAY) 6:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo