menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo
✕

Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati

Berita Auto
Suhana Veru | 09-10-2026 11:00 AM


Pengguna jalan raya yang menggunakan laluan dari arah Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Cheras kini berdepan risiko kemalangan serius susulan masalah jalan rosak berlubang dalam dan sambungan jalan longgar yang boleh mengancam keselamatan kenderaan pada bila-bila masa.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna dikenali sebagai @Faresya_ivana mendakwa keadaan jalan tersebut semakin membimbangkan apabila terdapat lubang yang dalam sehingga menyebabkan tayar keretanya pernah terjerlus ketika melalui laluan berkenaan.
“Sekarang nampak pula penyambung jalan ini macam dah longgar dan boleh tercabut bila-bila masa. Ini sebenarnya berbahaya untuk pengguna jalan raya.
“Jangan tunggu sampai ada kemalangan baru nak ambil tindakan. Tolong periksa dan baiki segera,” katanya.

Bahaya Jalan Rosak dan Berlubang dari TBS ke Cheras

Dalam video itu, rata-rata pengguna jalan raya berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan sebaik tiba di lokasi terbabit.

Jika dibiarkan tanpa penyelenggaraan, ia boleh mencetuskan insiden tayar pecah, rim bengkok, atau lebih malang lagi, kemalangan jalan raya yang melibatkan nyawa. Pengguna menegaskan bahawa tindakan segera amat diperlukan sebelum tragedi tidak diingini berlaku.

Namun apa yang menjadi persoalan, jika ada pengguna dari luar yang tidak tahu dengan keadaan jalan raya berkenaan, tidak mustahil laluan berkenaan mampu meragut nyawa.

Untuk itu, pihak berkuasa diminta segera mengambil tindakan sewajarnya sebelum nyawa pengguna melayang. 


Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
78 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
129 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
161 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
195 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
216 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
241 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
246 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
920 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRT4934
SELANGOR
BSU3493
JOHOR
JF5210J
PULAU PINANG
PSG3210
PERAK
APM1537
PAHANG
CFH9844
KEDAH
KGJ4157
NEGERI SEMBILAN
NEM2445
KOTA KINABALU
SJU5013
KUCHING
QAB7415P
Last Updated 10-10-2026 (SATURDAY) 12:00 am
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo