Chery Malaysia rasmi melancarkan secara rasminya Chery TIGGO CROSS Sport Edition ke pasaran tempatan pagi tadi.
Untuk makluman, model ini dijual pada harga promo yang sedang berlangsung iaitu RM83, 800 manakala harganya bermula daripada RM91,800.
Dikuasakan enjin 1.5L Turbocharged berkuasa 147 PS, SUV sporti baharu ini menawarkan reka bentuk jalanan yang agresif, kecekapan bahan api 6.3L/100km, serta teknologi kabin pintar terkini untuk pemandu moden.
Diperkemaskan dengan lip hadapan dan belakang yang agresif, varian baharu ini memberikan imej siap di jalan raya (street-ready stance). Ia direka khas untuk menarik perhatian di mana sahaja anda memandunya.
Bagi peminat prestasi, model ini dikuasakan oleh enjin 1.5L Turbocharged yang mantap. Ia dipadankan bersama Transmisi Dwi-Kluster 6-Kelajuan (DCT) untuk lonjakan kuasa maksimum 147 PS dan tork 210 Nm.
Walaupun menawarkan pemanduan yang bertenaga, ia tetap mengekalkan kecekapan bahan api yang kompetitif pada kadar 6.3L bagi setiap 100km. Kapasiti tangki 51 liter pula memastikan jarak pemanduan lebih jauh untuk perjalanan harian mahupun road trip spontan.
Masuk ke ruang kokpit, anda disajikan dengan skrin sesentuh bersepadu bersaiz 20.5 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem infotainmen mesra pengguna ini memastikan anda sentiasa berhubung di sepanjang jalan.
Aspek keselesaan turut diutamakan melalui ciri Kawalan Iklim Dwi-Zon, tempat duduk pemandu elektrik enam hala, pengecas telefon tanpa wayar, serta sistem Pembantu Suara (Voice Assistant). Ruang dalaman turut diserikan dengan lampu ambien yang menenangkan.
Bagi melengkapkan gaya hidup aktif anda, kenderaan ini turut dilengkapi rel bumbung (roof rails) yang praktikal untuk membawa basikal atau peralatan sukan.
Aspek keselamatan tidak diabaikan apabila model ini dimuatkan dengan generasi terkini Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS). Pameran eksklusif model ini sedang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya sehingga 11 Oktober 2026.
Untuk makluman, model ini hadir dengan waranti kenderaan 7 tahun (150,000KM), upah buruh percuma 6 kali.
