menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?

Berita Auto
Sofea Najmi | 27-03-2025 09:45 AM



Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi. Perkara ini dilaporkan oleh rakan media kami di Careta.my yang menerima maklumat daripada sumber dalaman yang boleh dipercayai, namun tarikh pelancaran rasmi model ini masih belum didedahkan. 


Peningkatan Prestasi



Buat masa ini, Ford Ranger Wildtrak di Malaysia hanya ditawarkan dengan enjin diesel bi-turbo 2.0L yang menghasilkan 207 hp (210 ps) dan tork 500 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan serta sistem pacuan 4x4 separuh masa (part-time 4x4) bersama  komponen kekunci pembeza belakang (diff-lock) kawalan elektronik.


Bukan hanya Wildtrak, enjin ini juga digunakan pada beberapa varian lain seperti Ranger XLT Plus, XLT Plus Special Edition, StormTrak, Platinum, serta Ranger Raptor 2.0 Bi-Turbo.




Sebaliknya, pasaran seperti Thailand dan Australia didatangkan dengan satu lagi pilihan enjin untuk Wildtrak, iaitu V6 turbo-diesel 3.0L yang lebih berkuasa. Enjin ini menghasilkan 247 hp (250 ps) dan tork 600 Nm, yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda 4x4 sepenuh masa (full-time 4x4). 


Harga Dijangka Lebih Tinggi



Dengan peningkatan prestasi ini, varian enjin V6 dijangka bakal ditawarkan pada harga lebih tinggi berbanding model sedia ada yang kini dijual pada RM170,888. Sebagai perbandingan, model Ranger StormTrak, Platinum dan Ranger Raptor 2.0 Bi-Turbo masing-masing berharga RM181,888, RM191,888 dan RM248,888. 


Oleh itu, Ford Ranger Wildtrak V6 mungkin dijual dalam lingkungan harga antara RM200,000 hingga RM220,000, selari dengan strategi pemasaran varian yang sama di Australia.


Apa pendapat anda? Adakah Wildtrak versi diesel V6 ini cukup menarik untuk dimiliki? 

Baca: Ford Raptor Rev 2025: Acara Off-Road Terbesar Malaysia Meriah!

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
80 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
131 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
175 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
215 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
232 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
269 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
280 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
984 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Last Updated 23-09-2026 (WEDNESDAY) 12:00 am
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo