Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan peningkatan had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI daripada 200 liter kepada 300 liter berkuat kuasa hari ini.
Pelarasan automatik ini memberi manfaat kepada penerima BUDI95 dan BUDI Diesel seluruh negara bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.
Peningkatan Had Kelayakan BUDI MADANI Secara Automatik
Pelarasan baharu ini meliputi penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel mengikut syarat kelayakan semasa.
Menurut MOF, dianggarkan seramai 16 juta pengguna bakal menikmati RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter.
Manakala bagi kategori diesel bersubsidi, lebih 700,000 pengguna yang layak kekal menikmati harga RM2.10 seliter.
Pemilik Pikap dan Jip Boleh Mohon Tambahan Kelayakan
Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip, MOF membuka permohonan tambahan 100 liter sebulan.
Suntikan ini membolehkan jumlah kelayakan bulanan kumpulan berkenaan meningkat daripada 300 liter kepada 400 liter.
Permohonan baharu boleh dibuat terus melalui portal rasmi di www.budimadani.gov.my.
Bagi permohonan yang sudah diluluskan sebelum ini, kelayakan 400 liter akan diselaraskan secara automatik bermula hari ini.
