menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo
✕

MITI, Pekema Teroka Eksport Kenderaan Terpakai

Berita Auto
Suhana Veru | 23-11-2026 03:30 PM


Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) merancang untuk meneroka pasaran eksport kenderaan terpakai ke Bangladesh dan Pakistan bagi memperluas penglibatan usahawan Bumiputera dalam perdagangan automotif antarabangsa, menurut pengumuman pada Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Kali Ke-45, semalam.

Langkah strategik ini bertujuan mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat ahli. Sebelum ini, operasi mereka lebih tertumpu kepada aktiviti pengimportan kenderaan semata-mata.

Apa Kata PEKEMA

Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, perubahan landskap industri automotif menuntut syarikat ahli meningkatkan kecekapan operasi dan berani meneroka peluang perniagaan di luar model konvensional.

Menurutnya, Pekema yang ditubuhkan pada 1981 kini mempunyai 440 syarikat ahli di seluruh negara berbanding hanya 48 syarikat pada peringkat awal penubuhannya.

“Pekema bukan sekadar sebuah persatuan, tetapi sebuah ekosistem yang perlu terus berkembang dalam persekitaran yang lebih segar dan mampan.

“Kita mahu usahawan Bumiputera bukan sahaja mengambil bahagian dalam perubahan industri, malah turut menjadi sebahagian daripada rantaian nilai dan pembangunan industri automotif negara,” katanya pada pada Mesyuarat Agung Tahunan Pekema Kali Ke-45 semalam.

MITI dan MARii Sokong Eksport Kenderaan Terpakai

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri menyambut baik inisiatif berkenaan. Beliau menggalakkan PEKEMA memanfaatkan kepakaran sedia ada dalam bidang pengimportan untuk menembusi pasaran luar negara.

Menurutnya, perbincangan lanjut antara MITI, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) serta PEKEMA perlu diadakan segera bagi meneliti potensi sebenar pasaran di Bangladesh dan Pakistan.

Kajian Prosedur dan Standard Pemeriksaan Negara Pengimport

Penerokaan pasaran eksport kenderaan terpakai ini memerlukan kajian menyeluruh bagi memastikan aktiviti perdagangan berjalan lancar. Beberapa aspek utama yang perlu diteliti termasuk:

  • Mengenal pasti model kenderaan yang bersesuaian dengan permintaan pasaran tempatan di negara terbabit.

  • Memahami prosedur eksport dan syarat kemasukan kastam yang ditetapkan.

  • Mematuhi standard pemeriksaan kenderaan serta keperluan pematuhan negara pengimport.


Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
70 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
115 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
151 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
185 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
204 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
223 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
232 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
746 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VSA6371
SELANGOR
BSV3203
JOHOR
JH8465J
PULAU PINANG
PSH5781
PERAK
APN2480
PAHANG
CFJ4752
KEDAH
KGJ9386
NEGERI SEMBILAN
NEM6735
KOTA KINABALU
SJV3102
KUCHING
QAB859Q
Last Updated 24-11-2026 (TUESDAY) 12:00 am
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo