Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan Mitsubishi Triton Single Cab Automatic Transmission (AT) yang ditawarkan pada harga RM107,980. Trak pikap perniagaan ini direka bagi memudahkan urusan pemilik Perniagaan Kecil Sederhana, kontraktor, dan pengusaha pertanian menerusi gabungan kotak gear automatik serta enjin berkuasa tinggi.
Triton Single Cab AT ditawarkan secara eksklusif dalam warna Solid White pada harga RM107,980 (atas jalan tanpa insurans) bagi pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia.
Model ini disertakan dengan jaminan 5-tahun atau 200,000km untuk ketenangan fikiran pemilik perniagaan.
Bagi tempoh terhad, pembeli terawal layak menerima rebat Diesel Support bernilai RM4,000 bagi mengurangkan kos operasi harian.
Model ini dikuasakan oleh enjin 2.4-liter turbo diesel yang menghasilkan 184PS dan tork 430Nm, sekali gus memberikan keupayaan terbaik dalam kelasnya untuk mengangkut beban berat.
Pengenalan transmisi automatik (AT) membantu mengurangkan keletihan pemandu yang perlu berdepan kesesakan lalu lintas atau pemanduan jarak jauh secara kerap.
Triton Single Cab AT turut menawarkan muatan kargo sehingga 1,145kg bersama saiz ruang belakang terbesar (2,340mm x 1,580mm x 515mm) dalam kelasnya.
Trak pikap ini dilengkapi tayar All-Terrain (AT) yang lebar, Rear Differential Lock untuk cengkaman di laluan tidak rata, serta sensor undur sebagai ciri standard.
Pelapik ruang kargo (bedliner) turut disediakan secara standard bagi melindungi bahagian belakang kenderaan daripada kerosakan penggunaan harian.
Orang ramai boleh melihat kenderaan ini secara dekat di pameran MAHA 2026 yang berlangsung di MAEPS Serdang bermula 28 Ogos hingga 6 September 2026.
