menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo
✕

Analisis: RON95 Campur Air?Simpan Resit Minyak Anda Mulai Sekarang

Tips
Suhana Veru | 03-11-2026 10:00 AM


Sejak melihat berita-berita mengenai aduan yang diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berkaitan pencemaran petrol RON95 yang dipercayai melibatkan campuran air menimbulkan kegusaran untuk mengisi minyak

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan kenderaan, sekali gus mendorong pengguna meminta KPDN menjalankan pemeriksaan menyeluruh di stesen minyak seluruh negara.

Takut Nak Isi Minyak RON95


Kalau dahulu masuk ke stesen minyak untuk mengisi petrol merupakan perkara biasa, kini sebagai pengguna, saya   mula berasa was-was setiap kali hendak mengisi minyak.

Bukan kerana harga minyak semata-mata, tetapi timbul kebimbangan mengenai kualiti petrol yang dibeli, khususnya selepas beberapa aduan berkaitan dakwaan minyak RON95 bercampur air dilaporkan di beberapa kawasan.

Antara kawasan yang disebut dalam aduan pengguna termasuk Butterworth, Perak dan Selangor. Walaupun dakwaan seperti ini memerlukan siasatan dan pengesahan pihak berkuasa, ia tetap menimbulkan persoalan besar dalam kalangan pengguna.

Jika benar berlaku pencemaran bahan api, pengguna pastinya menjadi pihak yang paling terkesan kerana kerosakan enjin boleh menyebabkan kos pembaikan yang bukan sedikit.

KPDN Perlu Periksa Stesen Minyak Seluruh Negara


Dalam situasi seperti ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diharapkan mengambil serius setiap aduan yang diterima.

Pemeriksaan tidak seharusnya terhad kepada stesen minyak yang menerima aduan sahaja. Pemeriksaan berkala dan menyeluruh di seluruh negara juga wajar dipertimbangkan bagi memastikan bekalan petrol yang dijual kepada pengguna berada pada tahap kualiti yang sepatutnya.

Pengguna berhak mendapat bahan api yang berkualiti selepas membayar untuk setiap liter petrol yang diisi ke dalam tangki kenderaan mereka.

Jika terdapat sebarang pencemaran atau ketidakpatuhan, tindakan sewajarnya perlu diambil berdasarkan hasil siasatan supaya masalah sama tidak terus berulang.

Jangan Buang Resit Selepas Isi Minyak RON95!


Satu perkara penting yang perlu mula diamalkan oleh semua pengguna ialah menyimpan resit setiap kali mengisi minyak.

Memang tidak dinafikan, ramai yang sudah terbiasa menolak atau tidak mengambil resit selepas selesai mengisi petrol. Ada yang menganggap resit tersebut tidak penting kerana hanya melibatkan pembelian minyak dalam jumlah yang kecil.

Namun, dalam keadaan timbulnya kebimbangan mengenai dakwaan petrol bercampur air, resit mungkin menjadi antara dokumen penting untuk membantu pengguna membuat aduan.

Resit boleh membantu menunjukkan tarikh, masa, lokasi stesen minyak dan jumlah pembelian. Maklumat ini berguna sekiranya berlaku masalah pada kenderaan selepas mengisi minyak.

Jadi, jangan terlalu cepat membuang resit walaupun nilainya hanya beberapa puluh ringgit.

Apa Perlu Dilakukan Jika Kenderaan Bermasalah Selepas Isi Minyak?

Sekiranya kenderaan menunjukkan simptom luar biasa selepas mengisi minyak, pengguna disarankan supaya tidak terus membuat kesimpulan bahawa petrol yang dibeli telah tercemar.

Antara langkah yang boleh dilakukan ialah:

  1. Simpan resit pembelian petrol sebagai rekod.

  2. Catat tarikh, masa dan lokasi stesen minyak.

  3. Ambil gambar atau video jika terdapat simptom luar biasa pada kenderaan.

  4. Dapatkan pemeriksaan daripada mekanik bertauliah.

  5. Simpan laporan pemeriksaan dan invois pembaikan.

  6. Buat aduan kepada KPDN untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Jika enjin mengalami masalah serius, elakkan terus memandu kerana ia boleh menyebabkan kerosakan menjadi lebih teruk.

Resit Minyak Kecil, Tetapi Boleh Jadi Bukti Penting!

Isu dakwaan RON95 bercampur air ini tidak sepatutnya dipandang ringan, tetapi pada masa sama perlu ditangani berdasarkan fakta dan hasil pemeriksaan.

Pengguna tidak sepatutnya dibiarkan menanggung kerugian sendiri sekiranya siasatan membuktikan terdapat masalah pada kualiti bahan api yang dibekalkan.

Apa yang diharapkan, KPDN dapat memberikan perhatian serius terhadap aduan pengguna, menjalankan pemeriksaan yang sewajarnya dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai.

Bagi pengguna pula, mulakan satu tabiat mudah selepas ini: setiap kali isi minyak, ambil dan simpan resit.

Jangan tunggu sehingga enjin kereta atau motosikal mengalami kerosakan baru hendak mencari bukti pembelian.

Kadang-kadang, sekeping resit kecil itulah yang boleh membantu kita menjelaskan di mana, bila dan berapa banyak minyak yang telah dibeli.

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
78 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
131 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
165 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
187 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
208 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
229 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
233 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
839 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Last Updated 04-11-2026 (WEDNESDAY) 12:00 am
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo