menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo
✕

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Berita Auto
Suhana Veru | 03-11-2026 05:00 PM


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima sumbangan sebuah kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 daripada PROTON bagi memperkukuh latihan amali dan pembelajaran berasaskan industri, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta teknologi automotif moden.

Proton e.MAS 7 Pemangkin Pembelajaran EV Moden di UPSI

Sumbangan kenderaan elektrik berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ir. Abdul Rashid Musa kepada Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir.

Menurut Md Amin, kenderaan Proton e.MAS 7 itu akan dimanfaatkan sebagai bahan dan peralatan sokongan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP), demonstrasi teknikal serta latihan amali, khususnya kepada pelajar Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI.

“Kemudahan berkenaan membolehkan pelajar memperoleh pendedahan secara langsung kepada teknologi automotif terkini termasuk sistem kenderaan elektrik, komponen elektronik, teknologi bateri dan sistem pengurusan kenderaan moden.

“Selain memperkaya pengalaman pembelajaran melalui pendekatan autentik dan latihan berasaskan teknologi sebenar, sumbangan itu turut membuka ruang kepada pelaksanaan latihan, pemindahan pengetahuan serta pembangunan kompetensi tenaga kerja bagi memenuhi keperluan ekosistem AHTV di Tanjong Malim,” katanya.

Pendedahan secara langsung ini membolehkan mahasiswa UPSI menghubungkan teori akademik dengan teknologi industri sebenar, sekali gus melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang bersedia memenuhi kriteria pasaran kerja masa hadapan.



Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
78 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
131 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
165 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
187 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
208 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
229 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
233 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
839 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Last Updated 04-11-2026 (WEDNESDAY) 12:00 am
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo