menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?

Berita Auto
Suhana Veru | 14-09-2026 09:45 PM


Seorang pemilik Proton X50 Flagship terkejut apabila bumbung kaca (sunroof) keretanya tiba-tiba retak sendiri tanpa sebarang impak atau objek melayang, tidak sampai dua bulan selepas didaftarkan pada 31 Julai lalu.

Mangsa, Amirul Fitri berkata, dia kini buntu apabila tuntutan warantinya ditolak oleh pihak pengeluar yang mengklasifikasikannya sebagai haus dan lusuh (wear and tear).

Sunroof Proton X50 Retak Lepas Keluar Rumah

Menurutnya, kereta itu diletakkan bawah bumbung rumah.

"Sebelum keluar saya start enjin macam biasa, lepas Itu saya buka pintu kejap sebab nak bagi angin/udara dalam kereta keluar. Lepas saya gerak, tak sampai 50-100 meter pun, tiba-tiba saya dengar bunyi macam angin masuk dari atas. Saya pun pelik, saya check tingkap, semua tutup.

"Saya berhenti tepi sebab ingat pintu tak tutup elok. Saya check pintu pun semua okay, tutup rapat.  Lepas tu saya rasa macam bunyi tu datang dari sunroof. Saya tengok balik, sekali sunroof dah crack. Yang saya peliknya, saya memang tak langgar apa-apa pun. Tak kena batu, tak accident, tak ada apa-apa impact. Kereta pun baru lagi, belum sampai dua bulan," katanya kepada CarzAutoMedia.

Lebih mengelirukan, insiden itu berlaku tanpa sebarang insiden tidak diingini. Tiada batu melayang, tiada kemalangan kecil, mahupun sebarang impak fizikal luar biasa yang berlaku pada kenderaan berkenaan.

Tuntutan Waranti Ditolak, Dianggap Wear and Tear


Selepas membawa kenderaan tersebut ke pusat servis untuk mendapatkan penjelasan, Amirul berdepan satu lagi berita mengecewakan. Pihak pengeluar memaklumkan bahawa kerosakan kaca tersebut tidak dilindungi di bawah waranti kenderaan baharu.

Sebaliknya, kerosakan itu diklasifikasikan di bawah kategori wear and tear (haus dan lusuh). Ini bermakna pemilik terpaksa menanggung kos pembaikan yang tinggi atau menggunakan perlindungan insurans sendiri untuk menyelesaikannya.

 Tanda Tanya Kualiti Komponen dan Tekanan Terma

Kes seperti sunroof Proton X50 pecah secara tiba-tiba bukanlah yang pertama kali menjadi perbincangan hangat dalam kalangan komuniti pemotoran tempatan. Pakar industri sering mengaitkan isu kaca bumbung retak sendiri dengan tekanan haba melampau (thermal stress) atau ketegangan kerangka (chassis flex) semasa pemasangan kilang.

Bagi pemilik kenderaan, isu seperti ini menuntut penjelasan lanjut daripada pihak pengeluar bagi mengenal punca sebenar. Penilaian secara teliti amat penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin tanpa membebankan pengguna dengan kos luar jangka.

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
80 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
139 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
181 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
223 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
244 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
277 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
286 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
1007 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRP8406
SELANGOR
BST6492
JOHOR
JE1674J
PULAU PINANG
PSF5019
PERAK
APL4364
PAHANG
CFH7180
KEDAH
KGJ732
NEGERI SEMBILAN
NEL8145
KOTA KINABALU
SJU957
KUCHING
QAB5503P
Last Updated 15-09-2026 (TUESDAY) 12:00 am
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo