Impian untuk mengadakan konvoi kereta EV jarak jauh secara beramai- ramai di lebuh raya Malaysia kini menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pemilik kenderaan elektrik (EV) tempatan apabila isu kapasiti stesen pengecasan awam dan kesesakan di R&R menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra.
Adakah Konvoi EV Jarak Jauh Realistik di Malaysia?
Idea untuk memandu kenderaan elektrik secara berkonvoi dalam skala besar sering menarik perhatian peminat automotif yang ingin mempamerkan estetika kenderaan, reka bentuk badan (bodykit), serta rim sukan masing-masing.
Namun begitu, apabila melibatkan perjalanan rentas negeri yang melebihi jarak pemanduan harian, persoalan mengenai kebolehlaksanaan logistik mula timbul.
Sebahagian besar pemilik kenderaan bersetuju bahawa perjalanan jarak dekat seperti konvoi tempatan masih boleh dikendalikan dengan baik, tetapi perjalanan jarak jauh mendedahkan pelbagai kelemahan infrastruktur sedia ada.
Kekangan Utama: Berebut Pengecas dan Isu Masa Menunggu
Salah satu halangan terbesar yang disuarakan oleh komuniti pemanduan ialah ketiadaan kapasiti stesen pengecasan EV Malaysia yang mencukupi untuk menampung puluhan kenderaan dalam satu masa. Jika sebuah kumpulan besar kenderaan tiba di satu-satu stesen pengecasan awam di lebuh raya secara serentak, fenomena beratur panjang atau 'queue' tidak dapat dielakkan.
“Time jalan berkawan, time charging dah tak kenal kawan dah.” — Seloroh seorang pengguna Proton e.MAS.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan tempoh masa pengecasan DC pantas yang mengambil masa sekurang-kurangnya 20 hingga 40 minit untuk setiap unit, menjadikan proses menunggu satu ujian kesabaran yang tinggi.
Pandangan Berbeza: Antara Gaya Hidup dan Kepraktisan
Menjengah ruangan komen, reaksi netizen terbahagi kepada beberapa kumpulan. Ada yang berpendapat konvoi moden kini tidak lagi relevan seperti era 90-an kerana sistem navigasi satelit (GPS) membolehkan pemandu bergerak secara individu tanpa takut sesat di jalan raya.
Malah, ada yang berpandangan bahawa aktiviti konvoi jarak jauh hanya menyusahkan pengguna jalan raya lain, terutamanya apabila membabitkan kawalan trafik atau marshall yang menghalang kelancaran laluan awam.
Seorang lagi ahli grup meninggalkan komen: Sangkut kat station charger," tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi ahli grup menulis, "Kena bermalam untuk semua que cas battery," tulisnya.
Ada juga yang meninggalakan komen: buat kat litar tertutup macam sepang ok, kat jalan public x payah le, nanti ada marshall, menyusahkan user lain kene berenti bagi laluan., dulu sebelum 90an orang konvoi sebab takut sesat.. kete pon x byk masa tu.. skrg semua da ada maps sendiri.. x yah le nk konvoi2 ni," tulisnya.
Malah ada juga yang mengakui bahawa ada juga yang melakukan aktiviti konvoi EV.
"Hari tu ada group buat TTS ke Tampin. Tapi KL - Tampin masih within range kan. So possible. Kalau jauh lagi, haaa yang tu belum pernah nampak dibuat orang. Memang beratur cari charger tu 😅 buat marah EV lain jaa nanti," tulisnya.
Sebaliknya, bagi model-model EV arus perdana seperti Proton e.MAS 5, pengguna melihat kenderaan ini lebih kepada pengangkutan harian yang praktikal berbanding kenderaan 'rare' eksklusif yang memerlukan publisiti konvoi besar-besaran.
Kesimpulan: Boleh Je EV Berkonvoi
Perancangan Teliti Sebelum Bergerak: Kesimpulannya, konvoi kereta EV jarak jauh bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan, tetapi ia menuntut disiplin logistik yang sangat tinggi serta perancangan laluan yang teliti.
Pemilik disarankan agar melakukan ujian rintis (pematuhan jarak kapasiti bateri) dan memanfaatkan lokasi litar tertutup sekiranya mahu menikmati pengalaman berkumpul tanpa mencetuskan ketegangan di stesen pengecasan awam.
