Sebanyak 446,555 saman direkodkan membabitkan 175 jenis kesalahan trafik bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas untuk tempoh dari 2025 hingga Ogos lalu.
Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, terdapat empat kesalahan tertinggi yang menyumbang kepada saman terbabit.
4 Kesalahan Utama Pemandu Warga Emas
Berdasarkan data JSPT, terdapat empat kesalahan utama yang merangkumi 368,122 saman atau 82.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Antara kesalahan tertinggi yang sering dilakukan termasuklah:
Faktor Penurunan Keupayaan Fizikal dan Kognitif
Menurut pihak JSPT, peningkatan kesilapan di atas jalan raya ini didorong oleh faktor kemerosotan fizikal dan kognitif akibat peningkatan usia.
“Ini termasuk masa tindak balas lebih perlahan dan keupayaan membuat keputusan yang mungkin tidak sepantas pemandu muda. Kemerosotan penglihatan dan pendengaran boleh menyebabkan pemandu terlepas pandang papan tanda, lampu isyarat, kenderaan lain atau keadaan trafik,” katanya.
Menurutnya, ada segelintir warga emas kurang peka terhadap perubahan keadaan trafik, khususnya di persimpangan, kawasan sesak dan jalan yang mempunyai banyak papan tanda atau arahan lalu lintas.
“Kesukaran mengawal kenderaan terutama ketika mengundur, membelok, menukar lorong atau berhadapan dengan keadaan trafik yang tidak dijangka boleh mendorong mereka terbabit kemalangan. Ada juga warga emas yang kurang memahami atau terlupa peraturan lalu lintas termasuk had laju, larangan berhenti, parkir dan keutamaan laluan.
“Keyakinan terhadap pengalaman semasa muda kadangkala menyebabkan pemandu beranggapan mereka masih mampu memandu seperti dulu walaupun keupayaan fizikal sudah berubah.
“Faktor persekitaran seperti kesesakan, jalan yang sibuk, cuaca buruk dan keadaan jalan juga boleh meningkatkan risiko kesilapan,” katanya.
Di sebalik statistik ini, adakah kerajaan perlu mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebagai syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu warga emas berusia 70 tahun ke atas?
