menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo
✕

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Berita Auto
Suhana Veru | 12-10-2026 11:30 AM


Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki bersama bapanya dirempuh sebuah BYD Seal dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, kelmarin. Insiden itu kini disiasat pihak polis selepas video kejadian tular di media sosial.

Kronologi Kemalangan 6 Kenderaan di Jalan Kuching

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika aliran trafik bergerak perlahan.

Sebuah kereta jenis BYD Seal yang dipandu laju dari arah belakang telah merempuh Perodua Bezza yang dinaiki mangsa bersama bapanya berusia 30 tahun.

Rempuhan kuat itu turut menyebabkan sebuah motosikal Yamaha 135LC terbabit dalam pelanggaran awal berkenaan.

Perodua Bezza Berpusing dan Rempuh 3 Lagi Kenderaan

Ekoran rempuhan tersebut, Perodua Bezza berkenaan berpusing ke lorong kanan lalu melanggar tiga kenderaan lain yang berada di laluan sama.

Kenderaan yang terjejas merangkumi sebuah Nissan Almera, Toyota Alphard dan Perodua Myvi.

Pemandu Perodua Bezza dilaporkan mengalami luka di tangan kanan, manakala penunggang motosikal berusia 33 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala. Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pemandu Nissan Almera, Toyota Alphard dan Perodua Myvi bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu BYD Seal Dikesan Dirawat di Hospital Swasta

Menurut Mohd Zamzuri, pemandu BYD Seal berusia 24 tahun yang bertindak meninggalkan lokasi kejadian selepas kemalangan kini berjaya dikesan pihak polis.

Lelaki berkenaan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara akibat mengalami kecederaan gegaran otak.

Beliau kini berada di bawah pemantauan pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
78 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
129 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
163 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
193 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
210 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
237 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
244 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
899 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRT6230
SELANGOR
BSU3687
JOHOR
JF5842J
PULAU PINANG
PSG3654
PERAK
APM1847
PAHANG
CFJ509
KEDAH
KGJ4374
NEGERI SEMBILAN
NEM2549
KOTA KINABALU
SJU5166
KUCHING
QAB7445P
Last Updated 12-10-2026 (MONDAY) 6:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo