menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo
✕

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

Global
Suhana Veru | 29-10-2026 06:00 AM


Pengeluar automotif FAW merasmikan pelancaran kereta elektrik hatchback FAW Bestune Pony 5 pintu di China hari ini. Dijual pada harga bermula 44,900 yuan (sekitar RM27,456), EV empat tempat duduk ini menawarkan jarak pemanduan sehingga 328 km untuk pasaran bandar.

Kereta ini dilancarkan bagi meluaskan sasaran pembeli selepas varian 3 pintu sebelum ini mencatatkan jualan sebanyak 47,929 unit sepanjang Januari hingga September lalu.

Saiz Lebih Luas & Rekabentuk Comel


Model baharu FAW Bestune Pony 5 pintu kini 350 mm lebih panjang dan 30 mm lebih lebar berbanding versi asal. Jarak roda (wheelbase) turut dipanjangkan sebanyak 262 mm kepada 2,215 mm.

Walaupun bersaiz lebih besar, ia kekal mengekalkan gaya comel dengan lampu depan bulat, rim 13-inci, dan pemegang pintu separa tersembunyi. Model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna menarik: oren, biru, hijau, coklat, dan putih.

Ruang Kabin Mesra Pengguna 


Bagi bahagian dalaman, hatchback elektrik China ini dilengkapi skrin sesentuh 10.1-inci (pilihan) serta panel instrumen LCD 7-inci di belakang roda stereng.

Peningkatan saiz badan membolehkan ruang kaki penumpang belakang menjadi lebih luas. Ruang simpanan barang (boot) turut meningkat daripada 81 liter kepada 265 liter, dan boleh diperluas sehingga 1,052 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.

Spesifikasi Motor & Bateri Kereta Elektrik Bajet Ini


FAW Bestune Pony dipacu oleh motor elektrik belakang berkuasa 30 kW (40 hp) dengan kelajuan maksimum 103 km/j.

Dua pilihan bateri LFP disediakan iaitu 17 kWh dan 27.2 kWh, memberikan jarak pemanduan antara 222 km hingga 328 km mengikut piawaian CLTC.

Harga FAW Bestune Pony di Pasaran


Bagi versi 5 pintu ini, harga jualan ditawarkan antara 44,900 yuan hingga 54,900 yuan (kira-kira RM29,000 hingga RM35,500).

Penawaran ini menjadikan ia salah satu pilihan kereta elektrik bajet paling berbaloi untuk pemanduan harian di dalam bandar.

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
78 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
131 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
163 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
185 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
206 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
227 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
231 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
846 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Last Updated 01-11-2026 (SUNDAY) 12:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo