menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo
✕

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Berita Auto
Suhana Veru | 29-10-2026 09:45 PM


 Kerajaan tidak mahu kemudahan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi disalahgunakan oleh golongan kaya untuk menyimpan kereta mewah selama beberapa tahun sebelum membawanya ke Kawasan Utama Kastam bagi mengurangkan bayaran cukai, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.


Beliau berkata dasar mengehadkan pengecualian duti dan cukai kenderaan kepada nilai RM300,000 bukan sahaja bertujuan menangani ketirisan, malah memastikan kemudahan itu terus memberi manfaat kepada penduduk tempatan dan sektor perniagaan di pulau berkenaan.

Had pengecualian cukai kereta Langkawi RM300,000

“Jadi, inilah isu asas atau pokoknya bahawa model perniagaan ini bukan model perniagaan yang kita ingin galakkan dan kita harap dasar ini boleh diterima oleh semua rakyat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, walaupun terdapat segelintir pengusaha yang terjejas akibat perubahan dasar itu, penduduk tempatan di Langkawi tidak terkesan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat.

Mohd Suhaimi meminta kerajaan mengkaji semula had RM300,000 bagi pengecualian cukai kenderaan di Langkawi serta mempertimbangkan penguatkuasaan yang lebih ketat untuk menangani penyalahgunaan kemudahan berkenaan.

Pengecualian cukai kenderaan untuk penduduk tempatan

Had pengecualian duti dan cukai bagi kenderaan bernilai tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu.

Liew berkata penetapan had itu munasabah dan mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan, pengusaha kereta sewa, pemandu teksi serta sektor kenderaan komersial.

Langkah itu juga bertujuan memastikan kemudahan berkenaan kekal bersasar kepada kenderaan untuk kegunaan harian rakyat dan aktiviti perniagaan tempatan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan status Langkawi sebagai Pulau Bebas Cukai masih berkuat kuasa walaupun terdapat perubahan dasar bagi pengecualian cukai terhadap produk tertentu.


Sumber BERNAMA

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
78 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
131 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
163 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
185 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
206 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
227 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
231 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
846 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Last Updated 01-11-2026 (SUNDAY) 12:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo