menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo
✕

LTU Dibuka, Jangan Buang Sampah

Berita Auto
Suhana Veru | 16-11-2026 12:15 PM


Pembukaan sesebuah lebuh raya baharu pastinya membawa kegembiraan kepada pengguna jalan raya. Laluan yang lebih selesa, perjalanan yang lebih lancar dan kemudahan yang disediakan menjadi satu kebanggaan, apatah lagi apabila kemudahan tersebut dibina untuk manfaat rakyat.

Untuk itu, para pengguna dinasihatkan supaya menjaga alam sekitar sepanjang lebuhraya yang baru dibuka ini.


Jangan jadikan LTU sebagai tempat membuang sampah.

Kita perlu sedar bahawa lebuh raya bukan sekadar laluan untuk membawa kita dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Ia merupakan kemudahan awam yang perlu dijaga bersama. Keindahan persekitaran, kebersihan jalan raya dan keselamatan pengguna bergantung juga kepada sikap serta tanggungjawab setiap individu.

Sikap membuang sampah di lebuh raya bukan sahaja mencemarkan pemandangan, malah boleh mendatangkan bahaya. Sampah plastik atau objek yang dibuang ke atas jalan boleh mengganggu kenderaan lain, manakala sampah yang menyumbat sistem saliran pula boleh menyebabkan masalah aliran air dan meningkatkan risiko banjir.

Lebih menyedihkan apabila kawasan yang sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat akhirnya kelihatan kotor hanya kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak.

Bayangkan, lebuh raya yang baru dibuka, belum sempat dinikmati keindahannya, sudah dipenuhi sampah. Siapa yang rugi? Kita semua juga yang terpaksa melihat dan menanggung akibatnya.

Sebenarnya, menjaga kebersihan bukanlah sesuatu yang sukar. Simpan sahaja sampah di dalam kenderaan. Sediakan satu beg kecil khas untuk mengumpulkan sampah dan buangkannya apabila tiba di tempat yang sesuai. Jika berhenti di kawasan rehat, gunakan tong sampah yang disediakan.

Apappun, kita tidak boleh mengharapkan pihak konsesi lebuh raya, pekerja pembersihan atau pihak berkuasa sahaja untuk menjaga kebersihan. Mereka menjalankan tugas, tetapi tanggungjawab menjaga kebersihan bermula daripada sikap kita sendiri.



Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
68 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
123 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
159 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
183 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
208 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
225 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
234 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
768 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRY6294
SELANGOR
BSV1572
JOHOR
JH4833J
PULAU PINANG
PSH4357
PERAK
APN304
PAHANG
CFJ4206
KEDAH
KGJ8452
NEGERI SEMBILAN
NEM6053
KOTA KINABALU
SJV2073
KUCHING
QAB328Q
Last Updated 17-11-2026 (TUESDAY) 12:00 am
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo