menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Berita Auto
Suhana Veru | 18-09-2026 05:45 PM


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Peribahasa itu cukup tepat menggambarkan tuah seorang pembeli  Mitsubishi Xforce Ultimate yang menyertai peraduan “Buy 1 Free 1”, baru-baru ini.

Pemenangnya, Saidahtul Khairunnisa Martius dari Ipoh, Perak diumumkan sebagai pemenang Mitsubishi Xforce yang dikendalikan oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM).

Kempen "Buy 1 Free 1" Mitsubishi Xforce

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan kempen promosi istimewa ini sempena pembukaan tempahan rasmi model SUV terbaharu mereka.

Difahamkan, pelanggan yang membuat tempahan menikmati rebat tunai RM5,000 serta tiga kali servis buruh percuma, sekali gus membantu mengurangkan kos penyelenggaraan lima tahun kepada hanya RM3,900.

Selain menikmati tawaran tersebut, pelanggan turut berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi sebuah lagi Mitsubishi Xforce menerusi peraduan khas berkenaan.

Langkah strategik ini bertujuan menarik minat pembeli awal dengan menawarkan pelbagai insentif menarik termasuk rebat tunai dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Rezeki Pemenang 

Selain  Saidahtul, Nurhidayah  Mokhtar pula memenangi hadiah kedua berupa sebuah iPhone 17 Pro Max, manakala Choong Ye Siew membawa pulang hadiah ketiga iaitu sebuah iPad Pro.

Kenapa Ramai Memilih SUV Ini?

Model ini terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana reka bentuk luaran yang moden serta ciri keselamatan yang mantap.

Rata-rata pengguna mengakui pengalaman pemanduan yang selesa, menjadikannya pilihan kenderaan keluarga yang praktikal dan versatil di atas jalan raya.

Mitsubishi Xforce ditawarkan dalam dua pilihan varian utama yang direka untuk memenuhi gaya hidup moden:

  • Varian Urban: RM109,980 (Atas jalan tanpa insurans)

  • Varian Ultimate: RM119,980 (Atas jalan tanpa insurans)


    Spesifikasi Mantap:

    • Enjin: 1.5L dengan transmisi CVT yang lancar.

    • 4 Mod Pemanduan: Normal, Wet, Gravel, dan Mud (Sangat berguna untuk cuaca hujan lebat di Malaysia!).

    • Audio Premium: Dilengkapi sistem bunyi Yamaha untuk pengalaman konsert dalam kereta.

    • Keselamatan: Sistem ADAS canggih dan Active Yaw Control (AYC).

    • Kelegaan Tanah (Ground Clearance): 222mm – antara yang tertinggi dalam kelasnya, memudahkan anda meredah lopak air atau jalan tidak rata.


Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
80 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
137 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
179 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
219 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
240 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
273 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
284 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
994 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Last Updated 19-09-2026 (SATURDAY) 6:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo