Continental Tyres Malaysia merintis era baharu peruncitan dengan melancarkan ekosistem In-Store Marketplace yang menyediakan pengalaman lebih mudah, telus dan lancar di pusat jualan Continental selain mengatasi isu yang sering dihadapi pengguna ketika membeli tayar.
Isu seperti harga tidak jelas, ketidakpastian mengenai ketersediaan stok dan maklumat produk yang terhad boleh menjadikan proses pemilihan tayar lebih rumit daripada yang sepatutnya.
In-StoreMarketplace menghimpunkan semua keperluan ini dalam satu platform, membolehkan pelanggan menerokatayar Continental dan General Tire yang sesuai, menyemak harga serta stok yang tersedia,
Platform ini direka untuk memberi kemudahan maksimum kepada pelanggan dalam tiga situasi berbeza:
Ketika di Cawangan Sibuk: Imbas kod QR di kaunter untuk menyemak stok dan harga tayar sementara menunggu giliran.
Menerusi Media Sosial: Klik pautan marketplace yang dikongsi oleh pengedar di media sosial untuk terus membuat tempahan dan jadual pemasangan.
Sebelum Kunjung Cawangan: Semak sebut harga rasmi, membeli tayar serta mengatur pemasangan lebih awal, sekali gus mengurangkan ketidakpastian sebelum berkunjung.
Bermula sekarang hingga 31 Oktober 2026, pembelian dua (2) atau empat (4) unit tayar Continental atau General Tire menerusi platform ini layak menerima kredit TNG eWallet mengikut saiz rim:
| Saiz Rim | Beli 2 Unit | Beli 4 Unit |
| 15” – 16” | RM30 | RM60 |
| 17” – 18” | RM60 | RM120 |
| 19” dan ke atas | RM100 | RM200 |
Selain itu, pembeli layak menikmati diskaun tambahan sehingga 10% (dihadkan pada RM100 dengan perbelanjaan minimum RM200) apabila membuat pembayaran menggunakan SPayLater.
Setiap pembelian tayar yang layak dilindungi di bawah Waranti Pengilang Sepanjang Hayat bagi sebarang kecacatan pengeluaran.
Pelanggan juga disarankan mendaftarkan pembelian menerusi aplikasi Conti TCP untuk menikmati TCP Road Hazard Warranty selama 12 bulan dari tarikh pendaftaran sebagai perlindungan kerosakan jalan raya tambahan.
