menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo
✕

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

Berita Auto
Suhana Veru | 02-10-2026 11:30 AM


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melancarkan operasi besar-besaran di seluruh negara bagi membanteras pemandu warga asing tanpa lesen. Tindakan tegas ini diambil susulan peningkatan aduan orang ramai berhubung ancaman keselamatan jalan raya akibat pemanduan haram warga asing, termasuk isu menyewa kenderaan daripada rakyat tempatan.

Peningkatan Kesalahan Pemandu Haram Warga Asing


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Hassan menegaskan bahawa operasi ini dilaksanakan bagi memberi mesej jelas supaya semua penggunan jalan raya mematuhi undang-undang Malaysia.

Rekod Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) menunjukkan kesalahan membabitkan warga asing meningkat sebanyak 50.4 peratus antara tahun 2024 hingga 2026, dengan 34,155 kesalahan dilaporkan.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 103,670 kenderaan telah diperiksa dan 17,966 daripadanya telah dikenakan tindakan tegas oleh pihak penguat kuasa.


Kesalahan utama yang dikesan termasuklah:

  • Memandu tanpa Lesen Memandu Kompeten (CDL).

  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

  • Tiada perlindungan insurans sah.

  • Penyalahgunaan lesen kenderaan bagi tujuan perniagaan atau kutip besi buruk.

Taktik Sewa Kenderaan RM100 Sebulan Terbongkar

JPJ turut mengesan taktik segelintir rakyat tempatan yang bersubahat menjadi dalang menyewakan kenderaan kepada warga asing tanpa dokumen sah pada harga serendah RM100 sebulan.

Sikap tidak bertanggungjawab pemilik tempatan ini dikenal pasti menjadi punca utama lambakan pemandu haram di atas jalan raya, khususnya di kawasan seperti Kelantan.

Pihak penguat kuasa menegaskan bahawa tiada lagi kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak yang berdegil melanggar peraturan ini.

Denda RM10,000 dan Sita Bagi Pemilik Kenderaan


Rakyat tempatan yang didapati membenarkan atau menyewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen boleh berdepan tindakan undang-undang berat.

Pemilik kenderaan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 di bawah Subseksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan penyalahgunaan LKM.

Selain denda dan saman kompaun, JPJ juga akan menyita terus kenderaan yang terlibat bagi memastikan penguatkuasaan dijalankan secara menyeluruh demi keselamatan awam.

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
80 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
129 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
169 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
203 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
226 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
253 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
272 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
954 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRS8543
SELANGOR
BSU2471
JOHOR
JF3075J
PULAU PINANG
PSG1603
PERAK
APL9371
PAHANG
CFH9321
KEDAH
KGJ3537
NEGERI SEMBILAN
NEM1920
KOTA KINABALU
SJU4351
KUCHING
QAB7134P
Last Updated 03-10-2026 (SATURDAY) 12:00 am
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo