menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo
✕

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Berita Auto
Suhana Veru | 01-10-2026 07:00 AM


Malaysia Airlines menasihati semua penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari 2 hingga 4 Oktober ini agar merancang perjalanan lebih awal. Kesesakan lalu lintas luar biasa dijangka berlaku di laluan ke KLIA berikutan penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Laluan Alternatif dan Kawalan Lalu Lintas


Pihak syarikat penerbangan mengesahkan laluan ke KLIA masih boleh diakses seperti biasa oleh orang awam.

Bagaimanapun, penumpang dinasihatkan sentiasa memantau maklumat trafik terkini serta penutupan jalan daripada pihak polis demi mengelakkan sebarang kelewatan.

Guna Perkhidmatan Tren KLIA Ekspres

Bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan bebas daripada risiko kesesakan jalan raya, penumpang digalakkan mengguna perkhidmatan tren KLIA Ekspres.

Penggunaan perkhidmatan rel ini dapat mengurangkan risiko terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Sepang sepanjang tempoh acara berlangsung.

Saranan Masa Tiba & Waktu Tutup Kaunter Daftar Masuk KLIA

Penumpang penerbangan antarabangsa dinasihatkan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu pelepasan. Bagi penerbangan domestik pula, penumpang perlu berada di KLIA sekurang-kurangnya dua jam lebih awal.

Perlu diingatkan bahawa kaunter mendaftar masuk Malaysia Airlines akan ditutup tepat 60 minit sebelum waktu pelepasan bagi kedua-dua jenis penerbangan. Rancang perjalanan anda dengan teliti agar urusan di lapangan terbang berjalan lancar.

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
80 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
129 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
169 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
203 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
226 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
253 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
272 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
954 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRS8543
SELANGOR
BSU2471
JOHOR
JF3075J
PULAU PINANG
PSG1603
PERAK
APL9371
PAHANG
CFH9321
KEDAH
KGJ3537
NEGERI SEMBILAN
NEM1920
KOTA KINABALU
SJU4351
KUCHING
QAB7134P
Last Updated 03-10-2026 (SATURDAY) 12:00 am
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo