menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo
✕

BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

Berita Auto
Suhana Veru | 26-11-2026 06:00 PM


Pemasangan tempatan BYD Malaysia kini rasmi bermula hari ini menerusi kerjasama strategik bersama Sime Motors di kilang Inokom, Kulim, Kedah. Trak pikap 4x4, BYD Shark 6, telah dipilih sebagai model sulung bagi memacu pembangunan ekosistem kenderaan tenaga baharu (NEV) serta memperkukuh kedudukan jenama itu di pasaran tempatan.


Majlis pelancaran bersejarah ini telah disempurnakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Turut hadir ialah pengurusan tertinggi MIDA, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma, serta Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan.

Sementara itu, Datuk Johari berkata, pihaknya  amat berbangga melihat pemain automotif global seperti BYD terus melabur di Malaysia dan menyumbang kepada pertumbuhan industri automotif negara.


"Pelaburan seperti ini bukan sahaja membawa kenderaan dan teknologi baharu ke pasaran kami, malah turut mewujudkan persaingan sihat, menggalakkan inovasi dan mendorong industri untuk sentiasa meningkatkan piawaian. Tidak kurang pentingnya, kami mahu melihat pembangunan ekosistem yang lebih kukuh untuk menyokong peralihan ini, dari segi pembuatan tempatan dan pembangunan bakat serta infrastruktur seperti kemudahan pengecas EV ultra-pantas, untuk meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap penggunaan kenderaan elektrik.

"Kami mengalu-alukan kerjasama BYD dan Sime Motors dan menantikan peluang yang bakal diwujudkan untuk industri automotif tempatan, syarikat-syarikat perniagaan dan rakyat Malaysia," kata Yang Berhormat Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri," katanya.

BYD Shark 6 Peneraju Segmen Pikap Elektrik 


Pemilihan BYD Shark 6 sebagai model pertama pemasangan tempatan (CKD) menandakan langkah agresif jenama itu meluaskan portfolio produknya di Malaysia. Sejak diperkenalkan pada tahun 2025, trak pikap 4x4 ini berjaya mencuri tumpuan pengguna tempatan.


Langkah ini membolehkan BYD menembusi segmen pelanggan baharu yang mahukan kenderaan lasak berteknologi elektrik. Pada masa yang sama, ia membuktikan keyakinan tinggi syarikat gergasi automotif itu terhadap potensi pertumbuhan pasaran Malaysia.

Fasiliti Inokom Kulim Perkukuh Rantaian Bekalan Tempatan

Operasi pemasangan tempatan BYD akan bertempat di Inokom Corporation (Inokom), fasiliti milik Sime Motors yang terletak di Kulim, Kedah. Kilang ini dipilih berdasarkan rekod operasi yang mapan, infrastruktur lengkap, serta tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi.

Menurut Jeffrey Gan, Sime Motors mempunyai keupayaan pembuatan yang kukuh, tenaga kerja berkemahiran tinggi serta rangkaian pembekal tempatan yang mantap.

"Kekuatan ini, apabila digabungkan dengan kepakaran dan aspirasi BYD, membolehkan kami menyokong operasi pemasangan tempatan, membuka lebih banyak peluang kepada rakan industri serta menyumbang kepada usaha Malaysia untuk berkembang sebagai hab pembuatan automotif serantau yang berdaya saing,” katanya.

Komitmen Jangka Panjang BYD di Pasaran Malaysia

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma, menyifatkan Malaysia mempunyai potensi besar untuk BYD, bukan sahaja sebagai pasaran yang semakin berkembang untuk NEV, tetapi dari segi keupayaan industri automotif yang kukuh, tenaga kerja mahir dan peluang untuk terus berkembang.

"Kemudahan pemasangan tempatan merupakan sebahagian daripada rancangan jangka panjang kami untuk Malaysia dan kami berbesar hati untuk melihat visi tersebut menjadi kenyataan pada hari ini.  Bagi kami, langkah ini bukan hanya mengenai pemasangan kenderaan, tetapi juga usaha untuk membina kerjasama yang lebih rapat dengan industri tempatan, berkongsi teknologi dan kepakaran serta mencipta peluang bagi pemindahan ilmu dan kemahiran.

"Kami benar-benar terhutang budi kepada MITI dan Sime Motors atas sokongan dan kerjasama mereka untuk mencapai mercu jaya penting ini. Kami berharap untuk berkembang maju bersama Malaysia, serta menyumbang kepada industri automotif dan menyokong usaha negara ke arah peralihan kepada pengangkutan elektrik," katanya.

Butiran lanjut mengenai kapasiti pengeluaran serta tarikh mula jualan rasmi bagi unit pemasangan tempatan ini dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
70 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
115 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
151 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
185 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
200 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
220 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
232 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
732 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Last Updated 27-11-2026 (FRIDAY) 12:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo