"We (MITI) Never Anti EV"!
Itu kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada majlis perasmian kilang pemasangan tempatan BYD di Malaysia, pagi tadi.
Menurutnya, pihak MITI mengalu-alukan pengenalan teknologi Pengecasan Pantas BYD (BYD Flash Charging) yang dilancarkan baru-baru ini di Malaysia.
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) secara meluas perlu disokong oleh rangkaian pengecasan yang menyeluruh dan boleh dipercayai.
Inisiatif itu dilihat amat penting dalam menangani kebimbangan jarak perjalanan (range anxiety), memperkukuh keyakinan pengguna, serta membuktikan komitmen BYD dalam membangunkan ekosistem EV Malaysia secara lebih meluas.
"Kita mesti mempunyai teknologi ini di negara kita supaya anda boleh melakukan perjalanan pada bila-bila masa dan mengecas pada bila-bila masa kerana anda tahu di mana tempat mengecas. Ini kerana anda tahu dengan tepat di mana lokasi sebenarnya.
"Penggunaan EV secara meluas mestilah disokong oleh pengecasan yang menyeluruh dan boleh dipercayai. Inisiatif seperti ini amat penting dalam menangani kebimbangan jarak perjalanan (range anxiety), memperkukuh keyakinan pengguna, serta membuktikan komitmen paling meluas dalam membangunkan ekosistem EV Malaysia dan global.
"Kami (MITI) tidak pernah anti-EV, kami mahu menyokong EV kerana kami percaya kepada EV, tetapi kami memerlukan ekosistem ini bergerak seiring dengan pembangunan rangkaian pengecasan, dan saya yakin dalam tempoh lima tahun akan datang, anda akan melihat landskap ini berubah secara automatik," katanya.
