Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang serius penularan satu hantaran palsu di media sosial yang membabitkan nama dan imej jabatan itu.
Hantaran terbabit mendakwa kononnya JPJ sedang mencadangkan kelulusan agar etnik Rohingya dibenarkan memohon lesen memandu di negara ini.
Hasil semakan mendapati kenyataan terbabit dimuat naik oleh akaun Facebook 'Along Auto Parts' dengan gaya menyerupai portal berita rasmi.
Susulan itu, pihak JPJ mengesahkan satu laporan rasmi telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Tindakan undang-undang ini diambil bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap individu atau pihak yang menyebarkan berita palsu berkenaan.
Pihak jabatan turut melampirkan imej sidang media lama yang disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya warganet.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat yang meragukan tanpa usul
