menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

Global
Suhana Veru | 23-09-2026 10:00 AM


Anak syarikat Dongfeng Motor, Voyah, telah memperkukuh kedudukannya dalam segmen kenderaan pelbagai guna mewah dengan memperkenalkan Voyah Dream 9. Model perdana ini menawarkan saiz besar serta teknologi canggih untuk memikat hati golongan profesional dan keluarga elit.


Pelancaran ini yang berlangsung di Beijing, China semalam menyaksikan peningkatan ketara dalam barisan kenderaan mewah Voyah, menyertai model sedia ada seperti Dream dan Dream Shanhe. Sebelum pelancaran rasmi, model ini dilaporkan menerima lebih 30,000 tempahan awal.

Lebih menarik, unit CBU akan diimport ke Malaysia pada suku pertama 2027 dan kemudian diikuti dengan versi CKD. 

Spesifikasi Prestasi, Pilihan Varian


Dream 9 mempunyai ukuran 5,325 mm panjang, 1,998 mm lebar, dan 1,805 mm tinggi, dengan jarak roda 3,200 mm. Ia mempunyai 7 tempat duduk dalam susun atur 2+2+3.

Voyah Dream 9 hadir dalam tiga varian iaitu Ultra, Ultra+, dan Lizun. Setiap varian menawarkan pilihan kuasa hibrid plug-in (PHEV) atau kenderaan elektrik bateri (BEV) yang merangkumi sejumlah enam varian keseluruhan.

  • Versi Hibrid Plug-in: Dilengkapi bateri 65-kWh, enjin turbo 1.5 liter dan motor elektrik berkembar yang menghasilkan output 560 kW serta jarak gabungan mencecah 1,500 kilometer.

  • Versi Elektrik Bateri (BEV): Menampilkan bateri 120-kWh yang menawarkan jarak pemanduan CLTC sejauh 701 kilometer dengan sokongan pengecasan pantas.

    Versi hibrid plug-in  menyokong pengecasan 5C, dengan masa pengecasan rasmi selama 12 minit dari 20% hingga 80% sementara versi elektrik bateri mengambil kadar pengecasan dari 20% hingga 80% mengambil masa selama 20 minit.

    Teknologi Canggih Huawei dan Ciri Keselesaan Kabin

    Tarikan utama Voyah Dream 9 terletak pada penggunaan teknologi pintar Huawei, termasuk sistem bantuan pemandu Qiankun ADS 5 dan kokpit digital HarmonySpace 6. Kenderaan ini dilengkapi 37 sensor termasuk LiDAR untuk keselamatan maksimum.

    Dari sudut keselesaan, ruang dalaman MPV premium ini menampilkan tempat duduk baris kedua berteknologi tinggi dengan mod sifar graviti dan skrin siling 21.4 inci. Voyah juga dijadualkan membawa model pemanduan sebelah kanan ke pasaran antarabangsa bermula November ini.

    Subscribe to Newsletter
    Car Recommended For You
    Is your income hurting your decision to purchase a new car?
    Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
    Income Range
    Monthly Installment (5 Years)
    Below RM 2,000
    80 Models
    RM 200 - RM 400 / Month
    RM 2,000 - RM 2,500
    131 Models
    RM 300 - RM 500 / Month
    RM 2,500 - RM 3,000
    175 Models
    RM 400 - RM 600 / Month
    RM 3,000 - RM 3,500
    215 Models
    RM 500 - RM 700 / Month
    RM 3,500 - RM 4,000
    232 Models
    RM 600 - RM 800 / Month
    RM 4,000 - RM 4,500
    269 Models
    RM 700 - RM 900 / Month
    RM 4,500 - RM 5,000
    280 Models
    RM 800 - RM 1000 / Month
    Above RM 5,000
    984 Models
    RM 1000+ / Month
    JPJ Running Numbers
    KUALA LUMPUR
    VRQ7812
    SELANGOR
    BST8542
    JOHOR
    JE5243J
    PULAU PINANG
    PSF6958
    PERAK
    APL5901
    PAHANG
    CFH7852
    KEDAH
    KGJ1946
    NEGERI SEMBILAN
    NEL9380
    KOTA KINABALU
    SJU2063
    KUCHING
    QAB5922P
    Last Updated 23-09-2026 (WEDNESDAY) 12:00 am
    Fuel Price
    Petrol
    RON 95
    RM 3.97
    + 1.38
    RON 97
    RM 4.90
    + 1.75
    RON 100
    RM 7.20
    + 2.20
    VPR
    RM 8.23
    + 2.00
    Diesel
    EURO 5 B10
    RM 5.12
    + 2.08
    EURO 5 B7
    RM 5.32
    + 2.08
    Last Updated Apr 30, 2026
    playstore logo playstore logo playstore logo