menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Berita Auto
Suhana Veru | 22-09-2026 05:00 PM


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Bank Rakyat menjalinkan kerjasama bagi memperkenalkan  Kad Kredit-i di yang menawarkan 5 kali ganda mata ganjaran bahan api, penyelenggaraan,  pengecasan EV dan penyelenggaran kenderaan serta pembelian perlindungan takaful.

Selain itu, pemegang kad turut menikmati kemudahan 0% yuran transaksi di luar negara dan tiada yuran tahunan dikenakan ke atas pemegang kad.

Difahamkan, inisiatif ini direka khusus bagi memenuhi keperluan pemilik kenderaan dengan menawarkan mata ganjaran yang boleh dipindah dan ditebus dengan mudah menerusi aplikasi P-Circle Perodua.

Perlindungan Takaful Percuma dan Khairat Kematian

Lebih menarik, produk kewangan ini turut melindungi penggunanya menerusi tawaran perlindungan takaful secara percuma. Perlindungan ini merangkumi baki tunggakan maksimum RM300,000 sehingga umur 70 tahun serta bantuan Khairat Kematian sebanyak RM1,000.

Mengulas mengenai kerjasama ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata pihaknya berterima kasih kepada Bank Rakyat atas sokongan kuat yang diberikan dalam memastikan kerjasama kedua-dua syarikat ini berjalan lancar.

“Pelancaran ini amat bersejarah bagi kami kerana ia adalah kali pertama kami menjalinkan kerjasama dengan institusi perbankan untuk pengeluaran Kad Kredit-i.

"Kami juga akan menjalankan kempen khas untuk menarik pelanggan kami bagi mendapatkan Kad Kredit-i ini menerusi tawaran-tawaran eksklusif Pakej Perodua,” katanya.

Orang ramai boleh mengunjungi cawangan jualan dan servis Perodua serta cawangan Bank Rakyat yang berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan Kad Kredit-i ini.

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
80 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
131 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
175 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
215 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
232 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
269 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
280 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
984 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Last Updated 23-09-2026 (WEDNESDAY) 12:00 am
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo