menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo
✕

Petrol Campur Air: 5 Tanda Enjin Kereta Rosak Lepas Isi Minyak

Tips
Suhana Veru | 19-10-2026 10:15 AM


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyiasat tujuh stesen minyak di Klang, Sungai Buloh, Puchong, dan Shah Alam susulan aduan petrol RON95 dicemari air yang menyebabkan kerosakan enjin kenderaan.

Sekurang-kurangnya 10 aduan rasmi diterima setakat ini, dengan sampel petrol kini dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia.

Tanda-Tanda Kereta Rosak Selepas Isi Minyak


Menurut Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari, pemeriksaan pusat servis mengesahkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan tangki bahan api akibat percampuran air.

Antara simptom utama yang perlu anda waspadai sejurus keluar dari stesen minyak termasuk:

  • Enjin Tersengguk-Sengguk: Kereta terasa terhenti-henti atau menghenjut semasa menekan pedal minyak.

  • Kehilangan Kuasa (Loss of Power): Kenderaan mendadak hilang daya pecutan walaupun pedal minyak ditekan rapat.

  • Bunyi Enjin Tidak Normal: Terdapat bunyi kasar, knocking, atau geseran pelik dari bahagian enjin.

  • Enjin Gagal Dihidupkan: Kereta terus 'mati' dan tidak boleh dihidupkan semula selepas berhenti.

  • Injap Enjin Terbakar: Kerosakan dalaman serius akibat pembakaran tidak sempurna dalam ruang silinder.

Langkah Siasatan KPDN Terhadap Stesen Minyak Terjejas

Pihak KPDN Selangor telah menyita 27 tin sampel petrol RON95 untuk analisis makmal. Tindakan ini diambil bagi mengenalpasti sama ada pencemaran berlaku terus daripada tangki simpanan bawah tanah stesen terbabit.

Notis di bawah Seksyen 32 Akta Perihal Dagangan 2011 telah dikeluarkan. Siasatan lanjut turut melibat kemungkinan pelanggaran Seksyen 5(1)(c) berkaitan perihal dagangan palsu.

Pihak berkuasa mengingatkan semua syarikat dan pengusaha stesen minyak agar sentiasa menjalankan penyelenggaraan berkala pada tangki simpanan cecair mereka.

Apa Perlu Anda Buat Jika Kereta Rosak Selepas Isi Minyak?

Jika kenderaan anda menunjukkan sebarang simptom di atas selepas mengisi petrol, lakukan tiga langkah penting ini dengan segera untuk memudahkan urusan tuntutan:

  1. Simpan Resit Pembelian: Resit adalah bukti kukuh lokasi, tarikh, dan masa anda mengisi minyak.

  2. Dapatkan Laporan Bengkel: Minta pusat servis atau mekanik mengeluarkan laporan rasmi yang mengesahkan kehadiran air dalam tangki bahan api.

  3. Buat Aduan Rasmi: Kemukakan laporan kepada pihak KPDN berserta dokumen sokongan untuk tindakan undang-undang dan ganti rugi.

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
78 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
125 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
163 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
191 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
212 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
233 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
240 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
879 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRU5360
SELANGOR
BSU4924
JOHOR
JG296J
PULAU PINANG
PSG5583
PERAK
APM3640
PAHANG
CFJ1635
KEDAH
KGJ5152
NEGERI SEMBILAN
NEM3305
KOTA KINABALU
SJU6127
KUCHING
QAB7796P
Last Updated 20-10-2026 (TUESDAY) 12:00 am
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo