menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

Tesla Model 3 & MGS5 EV Raih Euro NCAP 5 Bintang

EV
Sofea Najmi | 22-05-2025 02:30 PM



Keluaran yang terkini bagi Tesla Model 3 dan MGS5 EV  telah memperoleh penarafan keselamatan lima bintang dalam ujian pelanggaran di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).


Walaupun berada dalam segmen berbeza, Tesla sebagai sedan keluarga bersaiz kompak dan MG sebagai SUV crossover, kedua-duanya menunjukkan prestasi yang cukup baik dalam ujian pelanggaran dan keselamatan aktif.


Perlindungan Penumpang Dewasa Dewasa: Tesla & MG Capai 90%




Tesla Model 3 mencatatkan skor yang tinggi sebanyak 90% untuk kategori ini dengan markah 36.4 daripada 40. Ia menunjukkan perlindungan yang sangat baik terhadap bahagian lutut dan femur dalam ujian hentaman hadapan.


Dalam ujian sisi, Model 3 berjaya memperoleh markah penuh, 16 mata, yang mana jentera menunjukkan kecemerlangan dalam ujian hentaman tiang dan perlindungan far-side. Sistem beg udara tengah juga berfungsi dengan efektif, sementara perlindungan whiplash mencatat markah penuh.




MGS5 EV turut mencatatkan skor sebanyak 90% dengan markah 36.2 daripada 40. Ia sedikit mendahului Tesla dalam ujian hentaman hadapan (14.1 mata), namun terdapat sedikit risiko pada bahagian papan pemuka bergantung kepada saiz penumpang. Dalam ujian hentaman sisi, model ini berjaya meraih 15.9 mata.


Perlindungan Kanak-Kanak: Tesla Lebih Baik?


Tesla mendahului dengan skor 93% dalam kategori Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak, termasuk markah penuh dalam ujian perlanggaran untuk patung kanak-kanak 6 dan 10 tahun serta pemasangan tempat duduk keselamatan kanak-kanak (CRS).



Fungsi seperti penyahaktifan beg udara dan pengesanan kehadiran kanak-kanak menyumbang kepada 10 daripada 13 mata.


MG pula mencatat 82% dengan 40.2 mata. Ia juga mencatat markah penuh untuk ujian pelanggaran, namun kekurangan sistem pengesanan kehadiran kanak-kanak serta ketiadaan sokongan CRS pada tempat duduk tengah belakang menjejaskan skornya.


Perlindungan Pengguna Jalan Raya Rentan: Tesla Lebih Efisien


Dalam ujian keselamatan pengguna jalan raya rentan (pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal), Tesla sekali lagi mengatasi MG dengan skor 89% setelah meraih markah sebanyak 56.2 mata. Bonet aktif membantu mengurangkan kecederaan kepala, manakala perlindungan kaki dan pelvis sangat baik. 



Sistem brek kecemasan automatik (AEB) Tesla turut menunjukkan prestasi mantap dengan catatan markah 8/9 untuk pejalan kaki, 8/8 untuk penunggang basikal dan 6/6 untuk motosikal. Ia juga mencatat 1 mata penuh untuk pencegahan dooring terhadap penunggang basikal.


MG pula memperoleh 82% (51.9 mata) dengan perlindungan fizikal yang baik. Prestasi AEB setara dengan Tesla, tetapi hanya mendapat 0.3/1 untuk pencegahan dooring kerana ia hanya berfungsi di bahagian pemandu.


Bantuan Keselamatan Aktif: Tesla Masih Di Hadapan



Model 3 memperoleh 87% (15.7 mata) untuk Bantuan Keselamatan. Ia memperoleh markah penuh dalam sokongan lorong, 8.8/9 untuk AEB antara kenderaan, 2.6/3 dalam bantuan had laju dan 1.4 mata dalam pemantauan pemandu.


MG mencatat 78% (14.1 mata) dengan skor 7.6/9 untuk AEB, 1.7/3 dalam bantuan kelajuan, dan 0.9 mata untuk pemantauan pemandu.


Tesla 'Menang' Dalam Hampir Semua Aspek


Secara keseluruhan, kedua-dua model ini menawarkan tahap keselamatan yang sangat baik. Tesla Model 3 mendahului dengan markah lebih tinggi dalam hampir semua aspek, khususnya dalam perlindungan kanak-kanak dan sistem bantuan pemandu aktif. 

MGS5 EV juga tidak kurang hebatnya, markah yang dicatatkan cukup tinggi, membuatkannya pilihan yang berbaloi dengan nilai yang ditawarkan dalam segmen SUV kompak. 

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
80 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
137 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
179 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
219 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
240 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
273 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
284 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
1010 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRQ1030
SELANGOR
BST6848
JOHOR
JE2469J
PULAU PINANG
PSF5412
PERAK
APL4621
PAHANG
CFH7304
KEDAH
KGJ1094
NEGERI SEMBILAN
NEL8362
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5610P
Last Updated 16-09-2026 (WEDNESDAY) 12:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo