menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

Zeekr X Raih Euro NCAP 5 Bintang – Terbaik Dalam Kelasnya?

EV
Sofea Najmi | 17-01-2025 01:15 PM


SUV elektrik kompak dari jenama EV premium China, Zeekr X, berjaya membuat pencapaian cemerlang setelah menerima penarafan keselamatan 5 bintang dalam ujian pelanggaran di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP) 2024. Kejayaan ini menjadikan Zeekr X sebagai kenderaan elektrik (EV) terbaik dalam kelasnya yang diuji di bawah penarafan keselamatan tersebut pada tahun 2024.

Perlindungan Penumpang Dewasa: Skor 91%

Dalam kategori Perlindungan Penumpang Dewasa, Zeekr X mencatatkan skor 91% dengan skor tinggi dalam ujian impak hadapan dan sisi. Ciri-ciri keselamatan seperti beg udara tengah membantu mengurangkan kecederaan semasa impak sisi. Perlindungan whiplash untuk penumpang hadapan dan belakang juga dinilai sebagai "Baik".

Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak: Skor 90%

Zeekr X turut mencatatkan pencapaian tinggi dengan skor 90% dalam kategori Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak yang mana model ini berjaya mendapat skor maksimum dalam prestasi ujian pelanggaran yang melibatkan kanak-kanak. 


EV ini dilengkapi dengan tempat duduk Isofix dan i-Size yang memastikan pemasangan kerusi kanak-kanak dapat dilakukan dengan betul. Sistem pengesan kehadiran kanak-kanak juga disediakan, yang memberi amaran jika kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam kenderaan.

Perlindungan Pengguna Jalan Raya Rentan: Skor 84%

Dalam kategori Perlindungan Pengguna Jalan Raya Rentan (VRU), Zeekr X mencatatkan skor 84%. Sistem brek kecemasan autonomi dan pencegahan "dooring" atau pembukaan pintu untuk penunggang basikal membantu meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya lain. 

Perlindungan kepala pejalan kaki umumnya dinilai baik, dengan beberapa kelemahan kecil berhampiran cermin depan.

Bantuan Keselamatan: Skor 83%

Zeekr X turut mempamerkan ciri keselamatan canggih dalam kategori Bantuan Keselamatan dengan skor 83%. Antaranya termasuk sistem bantuan lorong, pengecaman papan tanda jalan, serta pemantauan pemandu untuk mengesan keletihan dan gangguan. Sistem bantuan kelajuan memastikan pemandu mematuhi had laju tempatan, manakala peringatan tali pinggang keledar disediakan untuk semua tempat duduk.

Ciri Keselamatan Penting Lain

Selain prestasi ujian pelanggaran yang cemerlang, Zeekr X dilengkapi dengan pelbagai ciri yang meningkatkan tahap keselamatan dalam situasi dunia sebenar. Ini termasuk sistem amaran kecemasan eCall, brek pengelak pelanggaran berganda (multi-collision braking), serta pematuhan terhadap keselamatan semasa kenderaan terendam air untuk memastikan pintu dan tingkap kekal berfungsi dalam situasi kecemasan. 

Di samping itu, rekaannya yang mesra pejalan kaki juga membantu mengurangkan risiko kecederaan semasa pelanggaran.

Harga Zeekr X Di Malaysia


Zeekr X yang baru dilancarkan di Malaysia bulan lalu hadir dalam dua varian iaitu:

-X Premium (motor tunggal, 268 hp): RM155,800

-X Flagship (motor berkembar, 422 hp): RM172,800

Dengan kombinasi ciri keselamatan yang cemerlang, prestasi trenkuasa yang memuaskan dan harga yang  kompetitif, Zeekr X menawarkan pilihan yang menarik bagi pengguna yang mencari sebuah EV premium untuk dimiliki.

Video Ujian Pelanggaran Euro NCAP Zeekr X


Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
80 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
137 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
179 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
219 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
240 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
273 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
284 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
1010 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRQ1030
SELANGOR
BST6848
JOHOR
JE2469J
PULAU PINANG
PSF5412
PERAK
APL4621
PAHANG
CFH7304
KEDAH
KGJ1094
NEGERI SEMBILAN
NEL8362
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5610P
Last Updated 16-09-2026 (WEDNESDAY) 12:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo