menu-icon
caricarzlogo
caricarzlogo

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Berita Auto
Suhana Veru | 21-09-2026 07:15 PM


Permintaan terhadap perkhidmatan e-hailing dan p-hailing dijangka melonjak antara 200 hingga 300 peratus di kawasan tumpuan sepanjang penganjuran Formula 1 (F1) di Sepang.

Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis Digital Malaysia (LEAD Malaysia) berkata, peningkatan itu berdasarkan corak permintaan yang lazim berlaku ketika acara antarabangsa berskala besar. Lonjakan ini tertumpu di sekitar Sepang, Kuala Lumpur, Selangor, dan Putrajaya.

Peluang Tambah Pendapatan Buat Komuniti Gig


Lonjakan ini membuka peluang kepada ribuan rakan pemandu dan penghantar untuk menambah pendapatan. LEAD Malaysia turut menjangkakan ramai rakan pemandu dari negeri berhampiran akan menuju ke Lembah Klang bagi mengambil peluang tersebut.

Bagi rakan penghantar, peningkatan jumlah pengunjung berpotensi meningkatkan permintaan terhadap penghantaran makanan dan barangan di kawasan tumpuan. "Rezeki F1 ini biarlah turut dirasai oleh komuniti gig," menurut kenyataan itu.

Jaga Keselamatan, Utamakan Khidmat Pelanggan Berkualiti


Bagaimanapun, LEAD Malaysia mengingatkan komuniti e-hailing dan p-hailing supaya tidak mengutamakan insentif, bonus, dan surge semata-mata sehingga mengabaikan aspek keselamatan serta layanan.

Rakan pemandu bukan sekadar membawa penumpang, malah menjadi individu pertama yang ditemui pelancong asing. Layanan mesra, kenderaan bersih, dan pemanduan berhemah mampu memperkenalkan imej positif Malaysia kepada dunia.

Nasihat Kesihatan dan Disiplin Kerja

Dalam pada itu, komuniti gig diingatkan supaya tidak memaksa diri bekerja terlalu lama semata-mata mengejar permintaan tinggi. Rakan pemandu dan penghantar disaran mengambil masa untuk berehat, makan, dan tidur secukupnya bagi mengelakkan risiko di jalan raya.

Walaupun F1 hanya berlangsung beberapa hari, tanggapan pelancong terhadap Malaysia boleh kekal untuk tempoh yang jauh lebih lama. Apabila tetamu luar negara menggunakan perkhidmatan kita, komuniti gig sebenarnya membawa satu nama yang sama – Malaysia.

Subscribe to Newsletter
Car Recommended For You
Is your income hurting your decision to purchase a new car?
Worry not, Elysia, our Search Hero, will provide you with solutions for finding your dream car within your given income range!
Income Range
Monthly Installment (5 Years)
Below RM 2,000
80 Models
RM 200 - RM 400 / Month
RM 2,000 - RM 2,500
131 Models
RM 300 - RM 500 / Month
RM 2,500 - RM 3,000
175 Models
RM 400 - RM 600 / Month
RM 3,000 - RM 3,500
215 Models
RM 500 - RM 700 / Month
RM 3,500 - RM 4,000
232 Models
RM 600 - RM 800 / Month
RM 4,000 - RM 4,500
269 Models
RM 700 - RM 900 / Month
RM 4,500 - RM 5,000
280 Models
RM 800 - RM 1000 / Month
Above RM 5,000
984 Models
RM 1000+ / Month
JPJ Running Numbers
KUALA LUMPUR
VRQ8073
SELANGOR
BST8607
JOHOR
JE5310J
PULAU PINANG
PSF7012
PERAK
APL5923
PAHANG
CFH7863
KEDAH
KGJ1954
NEGERI SEMBILAN
NEL9407
KOTA KINABALU
SJU2080
KUCHING
QAB5938P
Last Updated 23-09-2026 (WEDNESDAY) 12:00 pm
Fuel Price
Petrol
RON 95
RM 3.97
+ 1.38
RON 97
RM 4.90
+ 1.75
RON 100
RM 7.20
+ 2.20
VPR
RM 8.23
+ 2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+ 2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+ 2.08
Last Updated Apr 30, 2026
playstore logo playstore logo playstore logo