Tempahan bagi Honda HR-V versi facelift kini telah dibuka secara rasmi dan boleh dibuat sama ada secara dalam talian atau dengan mengunjungi mana-mana cawangan terdekat Honda di seluruh negara, menjelang pelancaran rasminya pada suku ketiga tahun ini.
Honda HR-V Facelift Tampil Lebih Moden
Honda HR-V facelift yang telah pun dilancarkan di Jepun sebagai Vezel ini hadir dengan beberapa perubahan reka bentuk yang lebih menarik. Antara perubahan paling ketara ialah gril hadapan yang direka semula dengan gaya lebih minimalis dan kemas, menampilkan jalur menegak yang bertingkat.
Dari tepi, model ini dilengkapi dengan rim aloi dua tona bersaiz 18 inci yang lebih sporty. Bahagian belakang juga menerima sentuhan baharu dengan lampu LED penuh yang memanjang dari sisi ke sisi. Dua warna badan baharu turut diperkenalkan iaitu Phoenix Orange Pearl (jingga) dan Crystal Black Pearl (hitam).
Kabin Lebih Moden Dan Canggih
Walaupun Honda Malaysia belum mendedahkan gambar rasmi untuk ruang kabinnya, HR-V facelift versi Thailand menunjukkan perubahan pada konsol tengah yang direka semula serta skrin infotainment 8 inci yang kini menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.
Pilihan Enjin Yang Pelbagai
Seperti model sebelum ini, HR-V facelift ditawarkan dalam tiga pilihan trenkuasa iaitu:
Sistem Keselamatan Honda SENSING Ditingkatkan
HR-V facelift terus menampilkan pakej keselamatan Honda SENSING dengan fungsi bantuan pemanduan canggih (ADAS) yang dipertingkatkan, termasuk Adaptive High Beam dan Active Cornering Light untuk keselamatan optimum.
Baca: Honda HR-V & BR-V 2022 Terima ASEAN NCAP 5 Bintang!
Sejak diperkenalkan pada 2015, Honda HR-V telah menerima sambutan hangat daripada rakyat Malaysia dan kekal sebagai SUV segmen B bukan nasional paling laris di negara ini. Sehingga Mei 2025, lebih 169,000 unit HR-V telah terjual di Malaysia, menjadikan ia model terlaris Honda setakat tahun ini.
Baca: Pandu Uji Honda HR-V RS e:HEV: Crossover Hibrid Yang Ranggi Untuk Pemanduan Urban
